Berikutan hujan lebat pada hari ini (16 Ogos) selama hampir sejam bermula dari jam 3 petang, kawasan Shah Alam khususnya di Seksyen 13 mengalami banjir.
Beberapa jalan utama di kawasan tersebut terendam air sehingga beberapa kenderaan tersangkut. Jalan-jalan di sekitar kawasan juga dilaporkan terendam air setinggi paras lutut.
Di platform media sosial, banyak yang telah berkongsi video dan gambar banjir. Beberapa kenderaan kelihatan terperangkap dalam air banjir.
Dikatakan air hampir masuk ke beberapa premis di sekitarnya termasuk Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam.
Menurut laman maklumat banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pada jam 6.30 petang, Sungai Damansara di Batu Tiga, Shah Alam telah melebihi paras amaran 5m, dengan bacaan 5.51 meter.
Sungai Damansara di Kg. Melayu Subang juga sebelum ini telah melebihi paras amaran tetapi kini sedang menurun.
Sungai Langat di Pekan Kajang, Hulu Langat telah melebihi paras amaran 24.40m, dengan bacaan 24.56m pada jam 6.30 petang.
Seksyen 13, Shah Alam tengah #banjir sekarang. Hati2 buat semua! pic.twitter.com/BCDIgeOJtE
— SIMPANAN EMAS (@MSHAHRULADZHAR) August 16, 2023
Several areas in Shah Alam , Selangor, have been hit by flash floods after heavy rain this afternoon.
— Elill (@Elill_E) August 16, 2023
🔴 Section 13 Shah Alam were among the areas hit by floods#banjir
pic.twitter.com/yIr3S5taxq
Ulasan
Catat Ulasan